|
 |
Untuk memajukan diri dalam perniagaan MLM, setiap individu itu harus mempunyai pengetahuan didalam elemen-elemen penting berikut:
Menjual
Menjual merupakan elemen utama dalam sebarang bentuk perniagaan. Perniagaaan yang berteraskan penjualan akan bertahan lama dari yang mementingkan penajaan. Pada peringkat awal, anda perlulah menguntukkan sekurang-kurangnya 80% dari masa anda untuk jualan dan selebihnya untuk menaja dan membina kumpulan. Dari prospek jualan seterusnya akan mewujudkan peluang anda untuk menaja dan mengembangkan perniagaan anda. Untuk memulakan jualan, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda amati :
|
|
| Persediaan |
1.
| Mempunyai sikap sabar dan jujur |
2.
| Menjadikan konsep menjual diri sendiri (diri sebagai contoh) sebelum menjual produk. |
3.
| Jangan berprasangka sesuatu terhadap prospek sebelum mencuba |
4.
| Bersemangat kesederhanaan dan tabah dari wajah dan gerak geri. |
5.
| Menyediakan alat-alat penting bersama anda (pen, borang, kertas, produk sampel, brosur dan flyer tentang perniagaan anda, produk, artikel dll) |
| |
| Memulakan Jualan |
1.
| Mulakan menjual kepada kenalan rapat, kawan, keluarga dan saudara mara |
2.
| Lakukan secara informal dengan intonasi suara yang relax, tidak menekan, jangan terlalu laju atau pun perlahan dan sentiasa memberikan senyuman. |
3.
| Jangan mendesak tapi menggalakkan. |
4.
| Mencari timing yang sesuai |
5.
| Timbulkan minat kepada prospek kerana anda menjual sesuatu untuk seseorang dan bukannya kepada seseorang. Fikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluannya. |
| |
| Teknik |
1.
| Dapatkan perhatian prospek untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang produk anda. |
2.
| Buatkan pembeli merasakan mereka penting dengan mendengarkan keperluan mereka. |
3.
| Jangan potong cakap. Tunjukkan minat, pandang ke mata mereka (fokus) supaya mereka merasakan diberi perhatian dan posisi badan ditundukkan ke hadapan ke arah pembeli supaya wujud rasa mesra dan tidak asing. |
4.
|
Menanamkan minat pembeli. Memberi sebab, sebab dan sebab (produk berkualiti, harga kompetitif,boleh menghubungi anda bila perlu, bersedia memberi servis, bersedia membantu dan menyokong selepas jualan).
|
5.
|
Menerangkan faedah, faedah dan faedah. Tukarkan kelebihan produk kepada faedah.
~ Contoh PGPV mengandungi Beta carotene(kelebihan) sementara faedahnya ialah dapat mengurangkan risiko kanser, salurdarah tersumbat dan melewatkan penuaan ~
|
6.
| Memberikan keyakinan pada pembeli spt memberikan jaminan produk boleh dikembalikan jika tidak berpuas hati. |
7.
| Membayangkan kerugian jika tidak membeli. |
8.
| Menambahkan keinginan untuk membeli sekarang di samping memberi peluang pembeli untuk menyoal perkara yang tidak faham. |
9.
| Menutup jualan. |
| |
| Mengatasi penolakkan |
1.
| Selalu timbul di atas sebab penerangan dan kefahaman yang diberikan tidak jelas |
2.
| Berikan semula faedah di samping membuatkan pembeli merasa penting dan di hormati. |
3.
| Jangan sesekali mendesak. |
| |
| Konsep cuba dulu, baru tahu. |
No comments:
Post a Comment